Aku cungkil sedikit salju yang melekat di tapak kasutku ini. Ah! Sungguh putih warna salju ini...
Kucuba genggam salju ini dengan jari-jemariku yang kutanggalkan sarung tanganku. Sejuk sungguh sampai aku terpaksa melepaskan genggamanku semula...
Aku berdiri semula dan di hadapanku, terbentang indah tersergam puncak gunung Snowdon. Snowdon adalah di antara gunung yang tinggi di United Kindom ini dan pernah mencatat pelbagai rentetan sejarah sejak sekian lama. Pelbagai mitos dan lagenda menyelubunginya. Pernah dikhabarkan kepada daku seorang raja Wales yang berentap dengan seekor naga di gunung ini dan berjaya membunuhnya lantas mengebumikannya di atas puncak. Sejak peristiwa itu, masyhurlah akan nama Snowdon ini. Ia juga merupakan kubu pertahanan Putera Wales yang terakhir dalam sejarah Cymru yang panjang ini.
banyak kita boleh pelajari dan hayati daripada cerpen ini.....
No comments:
Post a Comment