assalamualaikum buat semua...
Dalam kita menjalani kehidupan yang fana ini, kita seharusnya sedar akan suatu konsep penting yang mampu memberi kesan yang besar terhadap diri kita. Ingatlah, bahawa segala apa yang terjadi pada kita sendiri dan pada alam sekeliling adalah kehendak Illahi dan sebahagian daripada sunnatullah.
kita selalu mendengar frasa ini, " manusia hanya mampu merancang, namun Allah jualah yang menentukan". Apa yang terkandung dalam frasa yang pendek ini cukup untuk kita buat bekalan buat masa hadapan. Segala apa yang berlaku terhadap kita adalah apa yang kita perlukan untuk mengharungi kehidupan.
Kita mungkin pernah berdoa untuk mendapat perkara A namun kita akhirnya diberikan perkara B. Mungkin perkara B itu yang kita perlukan dan perkara A itu bukanlah yang kita perlukan. Kita mungkin mengharapkan kesenangan mahupun kekayaan, namun kadang-kala kita diberikan oleh Allah akan kesusahan dan kesempitan. Mungkin kesusahan dan kesempitan yang kita alami dapat menguatkan hati dan iman kita. Mungkin, kesusahan dan kesempitan yang kita alami akan lebih mendekatkan diri kita dengan Allah dan mungkin akhirnya kita akan beroleh kesenangan dan kekayaan hati .
ingatlah, segala apa yang kita hadapi sekarang, adalah ketentuan Illahi. Kita mungkin tidak akan mengetahui hikmah akan setiap kejadian namun sebagai seorang Muslim, kita seharuslah berbaik sangka terhadap ketentuan Illahi.
"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah
jualah yang Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahuinya." 2: 216
kadangkala kita diberikan kejayaan walhal usaha kita tidaklah seberapa. Mungkin, kejayaan itu dapat membantu kita memperoleh hidayah Illahi.
lihat kembali sirah, pernahkah para sahabat pada tiga tahun pertama tahu bahawa apa yang mereka perjuangkan ini akan membentuk sebuah tamadun yang agung? sesungguhnya mereka tidak pernah mimpikan akan hal itu. Pada mereka, sebagai seorang muslim, mereka harus terus berusaha tanpa berputus asa dan hanya Allah jualah yang akan membalasnya sama ada di dunia atau akhirat...
dalam saat-saat hendak menghadapi suasana peperiksaan yang kian dekat ini, sebagai seorang Muslim kita harus berusaha sedaya-upaya dan hanya Allah yang akan menentukan bentuk keputusan yang kita perlukan untuk meneruskan kehidupan ini....
wallahuallam...
No comments:
Post a Comment