Setelah lebih daripada 20 jam mengembara merentasi benua Australia, akhirnya kami tiba jua di negeri ketiga, Southern Australia. Kami singgah di Adelaide dan menginap di kediaman pelajar Malaysia di sana. Di Adelaide, terdapat ramai pelajar kejuruteraan dan ramai di antara mereka mengambil jurusan Kejuruteraan Petroleum.
Setelah berehat secukupnya, kami dibawa pelajar Adelaide melawat beberapa tempat menarik di Adelaide. Di antaranya ialah Stesen Keretapi Adelaide, University of Adelaide dan beberapa taman yang dikelilingi oleh sebatang sungai.
Salah sebuah bangunan di University of Adelaide
Barr Smith Library, University of Adelaide
No comments:
Post a Comment