Pages

Saturday, July 30, 2005

Adelaide II - Mount Lofty


Persinggahan terakhir kami di bumi Adelaide ialah Mount Lofty. Ketinggiannya ialah 727 meter dan daripada puncak Mount Lofty, kami mampu melihat keseluruhan bandaraya Adelaide dan meninjau keseluruhan pelusuk lautan yang berada di hadapan kami.



Percaya atau tidak, kesemua gambar ini diambil sebelum matahari terbenam. Setengah jam sebelum maghrib. Keadaan sebenar pada waktu itu ialah matahari masih bersinar terang namun setelah mengubah beberapa setting pada kamera, inilah hasilnya. Seolah-olahnya kami berada di situ tatkala matahari terbenam ;)

Dengan mengubah 'aperture' dan 'brightness/contrast', beberapa gambar menarik berjaya dihasilkan :)





Gambar di bawah adalah gambar setelah 'setting' pada kamera diubah. Gambar terakhir adalah gambar sebelum mengubah 'setting'.



Mount Lofty, persinggahan terakhir kami untuk 'Winter Trip 05'. Dengan ini, berakhirlah sudah pengembaraan kami sejauh 3367 km merentasi 3 buah negeri di Australia selama 5 hari. Suatu pengembaraan yang cukup bermakna dan sukar dilupakan. Bakal dipahat di dalam minda buat selama-lamanya.

1 comment:

nhh_318 said...

1. adjust la aperture, lighting ker...beauty lies on chip la Doc ...:)
2.Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi itu ada tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T. :)