Pages

Friday, August 31, 2007

erti kemerdekaan

Hari ini usia Malaysia mencecah 50 tahun. Kalau usia 50 tahun ini diterjemahkan ke dalam kehidupan seorang manusia, dia mungkin sudah mempunyai cucu dan memiliki pengalaman luas dalam beberapa aspek kehidupan. Kalau ditanya mengenai bentuk nasihat yang ingin diberi kepada generasi muda, mungkin dia mampu memberi beberapa nasihat yang penting.

Situasi Malaysia pasca merdeka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki. Mungkin erti kesabaran dan perpaduan perlu diajar dengan lebih tekun kepada sesiapa yang bergelar warganegara Malaysia.

Ramai rakyat Malaysia yang kurang sabar apabila berada di atas jalan raya. Namun begitu, kalaulah ingatan saya masih utuh, Malaysia terkenal dengan rakyatnya yang bersopan-santun. Apabila tiba suasana perayaan, angka-angka kematian di jalan raya meningkat berkali-ganda dan mungkin boleh mengatasi jumlah orang yang mati kebuluran di benua Afrika atau jumlah orang yang terbunuh di Palestin.

Istilah perpaduan masih lagi merupakan suatu konsep yang sukar untuk diterapkan di Malaysia. Kita masih lagi memandang orang lain berlandaskan konsep bangsa dan istilah bangsa Malaysia adalah suatu istilah asing di halwa telinga kita. Ada banyak tembok yang perlu diruntuhkan untuk kita memupuk semangat perpaduan ini.

Rasanya cukuplah setakat ini celoteh saya di dalam bahasa Melayu :). Sudah lama tidak menulis dalam bahasa Melayu yang menyebabkan saya memerlukan masa yang lama untuk mencari-cari kata-kata yang sesuai. Kadangkala perlu berfikir di dalam bahasa Inggeris dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu untuk menulis. Secara perlahan-lahan, perbendaharaan bahasa Melayu saya sudah terhakis walhal saya dahulu sering mendapat A di dalam subjek Bahasa Melayu.

erti kemerdekaan

2 comments:

Tawel Sensei said...

Ingin aku nyatakan, gaya Bahasa Malaysia yang kau tulis ni memang sudah agak pelik. Hehe..

Selamat menyambut kemerdekaan ke-50!

hafiz238 said...

ilmu penulisanku di dalam Bahasa Melayu sudah berkarat :). Kena belajar semula nampak gaya ni.