Merdeka! acapkali kita ucapkan tanpa memahami erti sebenar kalimah yang dilaungkan di bibir.
Merdeka itu hanyalah suatu kalimah yang erti sebenarnya seringkali disalahertikan. Merdeka itu maksudnya 'perpindahan dari suatu wilayah ke suatu wilayah lain'. Dari suatu bentuk kekuasaan, kita berpindah ke suatu bentuk kekuasaan yang lain.
Manusia akan senantiasa berada di bawah jajahan pelbagai bentuk kekuasaan. Manusia yang berlandaskan nafsu semata-mata, manusia yang memikirkan harta benda, manusia yang memiliki semangat kebangsaan. Kesemua ini membuktikan manusia berada di bawah jajahan suatu kuasa. Samada dijajah kuasa nafsu, harta benda mahupun semangat kebangsaan, manusia tidak akan terlepas dijajah.
Andainya manusia memikirkan dia telah merdeka apabila negaranya dibebaskan oleh suatu negara penjajah, dia ternyata salah. Negara adalah suatu kawasan yang didiami umat manusia. Secara fizikalnya, negara itu hanyalah sebidang tanah luas. Adakah penukaran milik hak ke atas tanah itu suatu bentuk kemerdekaan mutlak?
Siapakah tuan punya sebenar tanah yang dinamakan negara itu? Adakah manusia yang hayatnya pendek berhak mengatakan tanah itu milik bangsa dia?
Sedarilah bahawa tuan punya tanah yang dinamakan negara itu juga memiliki tanah-tanah lain, bahkan Dia juga memiliki alam semesta dan memilik manusia sendiri. Itulah Allah Subhanahu Wa Taala, Tuhan sekelian alam.
Manusia seringkali mengaitkan erti kemerdekaan itu dengan perubahan pemikiran. Dari suatu bentuk pemikiran yang jumud dan lapuk ditelan zaman kepada suatu pemikiran yang moden. Tidakkah bentuk-bentuk pemikiran itu adalah suatu bentuk kekuasaan. Pembebasan pemikiran hanyalah suatu bentuk perpindahan dari suatu penjajah ke suatu penjajah lain. Kita akan selamanya dijajah oleh pelbagai bentuk pemikiran.
Manusia tidak akan selamanya mencapai erti kemerdekaan mutlak. Selama-lamanya dia akan berada di bawah tampuk kekuasaan Tuhan yang Esa. Sedarlah, kita ini hanyalah hamba kepada suatu kuasa agung. Hamba kepada Tuhan Yang Maha Kuasa.
Merdekakah kita ini? Ingatlah, selama mana kita ini mendiami bumi, menerima pelbagai nikmat dari Tuhan dan diberi nyawa....kita tidak akan dapat mencapai erti merdeka yang mutlak. Kita hanyalah hamba. Hamba kepada Tuhan yang Esa.
Janganlah kita ini ditipu dunia. Mengejari bayang-bayang indah di sekeliling kita. Jangan dibiarkan diri ini dijajah hawa nafsu dan godaan syaitan. Janganlah menjadi hamba nafsu. Kemerdekaan yang paling tinggi kita boleh capai hanyalah menjadi hamba kepada suatu kuasa yang paling agung. Impian tertinggi kita hanyalah untuk menjadi hamba Tuhan. Itulah erti kemerdekaan yang sebenar.
Tatkala kemerdekaan ini disambut di pelbagai lapisan masyarakat di suatu bidang tanah yang bernama Malaysia, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan sebenar.
Berusahalah sedaya-upaya untuk memiliki gelaran hamba Allah. Ketahuilah! Hanya hamba Tuhan adalah makhluk yang berjaya mencapai erti kemerdekaan yang kekal abadi.

Wallahuallam.
No comments:
Post a Comment