Pages

Friday, October 12, 2007

Aidilfitri

Ingin menjawab tag daripada Kasyah, maka kali ini ingin menulis di dalam Bahasa Malaysia. Minta maaf jika ada kesalahan tatabahasa. Maklumlah agak jarang menulis di dalam Bahasa Malaysia
  1. Bila agaknya mula berpuasa penuh?
  2. Kalau tak salah, mungkin mula berpuasa penuh pada usia 10 tahun.

  3. Pernahkah ponteng puasa? Dan apakah alasannya?
  4. Ponteng puasa ketika masa kecil. Sekitar 6-7 tahun. Melihat adik makan dan minum menyebabkan semangat berpuasa berkurangan :).

  5. Pernah main bunga api atau mercun?
  6. Hanya pernah main bunga api dan tidak pernah terlibat dengan mercun. Namun begitu, ramai kawan di sekolah rendah pernah bermain dengan mercun.

  7. Apakah juadah kegemaran ketika berbuka?
  8. Hmm, soalan yang sukar untuk dijawab. Bukanlah seorang yang agak memilih dalam bab makanan.

  9. Selalu lagu raya mana yang menjadi kesukaan?
  10. Lagu bertajuk 'Hari Raya Untuk Semua' dendangan Raihan dan NowSeeHeart. 'Lebaran Ini' nyanyian Raihan, Rem, Ajai dan NowSeeHeart dan pelbagai lagu 'evergreen' yang sering berkumandang di radio tanah air.

  11. Tahun ni beraya di mana?
  12. Seperti biasa, hari raya tahun ini akan disambut di bumi Melbourne. Ini adalah kali keempat beraya di Melbourne dan kali kelima beraya di perantauan. Kali pertama beraya di perantauan ialah pada tahun 1996 di Cardiff, United Kingdom.

  13. Pernah ke bertugas/berkerja di hari raya?
  14. Masih lagi belajar. Namun begitu, sambutan hari raya di perantauan adalah sangat berbeza daripada Malaysia. Kebiasaannya hari raya Aidilfitri akan jatuh pada musim peperiksaan dan kena menelaah untuk peperiksaan. Oleh kerana itu, hari Raya Aidilfitri hanya disambut ala-kadar sahaja.

  15. Ada kenangan manis tak di hari raya?
  16. Banyak kenangan manis menyambut hari raya di Malaysia. Agak kurang kenangan manis menyambut hari raya di perantauan :)
Ini ialah gambar raya pada tahun lepas. Gambar ini diambil di hadapan rumah bersama rakan satu rumah.

Pada tahun ini, Melbourne akan menyambut hari raya Aidilfitri pada hari Sabtu. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog. Semoga kita semua dapat bertemu dengan bulan Ramadan pada tahun depan dan berusahalah untuk berpuasa sunat di bulan Syawal bagi menampung segala kekurangan amal puasa kita di bulan Ramadan.

11 comments:

hayad said...

mana satu tuan empunya blog ni yer? ;)rumah korang cam umah2 kat mesia je plak tgk...

psst..psttt!! sapa bro baju melayu ungu tu ar? sejuk pulok mata mandang,kekeke. single lg dok? kekeke :p

Minci said...

yep.. lagu lebaran ini memang best.. like it too..

ahah.. I remember now how you look like..

Sarah Mohd Shukor said...

Salam Hafiz,

Salam aidilfitri.
If u still have exam around, all the best to u then.
Kadang2 tu, suasana yg sederhana ni yg buat kita hayati erti syawal yg sebenar.

Hafiz said...

hayad: orang yang berbaju ungu tu not available :). i'm the one in blue.

minci: :)


sarah: erm, my exam is at the end of november. banyak lagi kena ulangkaji ni.

Anonymous said...

takde yg available ke?..orang baju biru available tak?..hahah

aria ayumi said...

blue? yg dua dari kiri tu ke? huhu besh tak raya kat tpt owang? dh 5 thn raya jauh2. perghh. tak sedey ke? *soklan tak available lak* :p

Hafiz said...

chem: orang baju biru tu available...hehe ...:)

aria: hmm, raya di luar negara sangat berbeza daripada Malaysia. Itu belum lagi cerita mengenai perbezaan tarikh sambut hari raya lagi tu :)

rasanya sudah biasa sambut hari raya di perantauan, jadi tak sedih lah.

Anonymous said...

selamat hari raya aidilfitri bro.

maaf zahir dan batin. zero zero okay.

tq sudi buat tag ni.

ohhh dah agak dah bro hafiz yg bju biru tu. kehenseman terserlah.

kat sana kurang manis beraya ke bro?

ada juadah rendang daging kanggaru tak?

ps-ari tu tgk dokumentari rendang daging kanggaru di tv3.

Hafiz said...

kasyah, maaf zahir dan batin juga.

sini, tiada daging kanggaru. tak tahu pula di mana nak cari daging kanggaru yang halal :)

sambutan raya di sini tiada lah meriah macam di malaysia. sambut ala kadar sahaja.

Anonymous said...

alamak macam tertinggal keretapi pulak.

selamat hari raya hafiz. bila boleh raya kat tanah tumpah darah balik?

malu seh kalau kena buat tag ni. dah "dewasa" pun ada ponteng posa gak hehehe...

Hafiz said...

kalau nak sambut raya aidilfitri di tanah air, mungkin kena tunggu bila dah grad :)