Pages

Sunday, March 04, 2007

jalur lebar

Jadikan Internet mampu milik – Najib

PEKAN 3 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap teknologi-teknologi telekomunikasi baru diperkenalkan agar penggunaan Internet termasuk perkhidmatan jalur lebar lebih murah dan mampu digunakan oleh lebih ramai pengguna di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri mengakui kadar caj Internet di negara ini lebih tinggi berbanding beberapa negara maju dan teknologi baru yang lebih kos efektif perlu diperkenalkan.

Beliau berkata, kadar penembusan Internet di kalangan masyarakat negara ini adalah 14 peratus dan 2.5 peratus lagi terdiri daripada pengguna internet jalur lebar.

Jumlah itu katanya, adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan teknologi lain seperti telefon bimbit yang mencecah penggunaan sehingga 86 peratus di kalangan penduduk negara ini.

‘‘Komunikasi teknologi maklumat (ICT) seperti Internet perlu dijadikan mampu milik agar tidak wujud jurang digital di negara ini.

Utusan Malaysia 4 Mac 2007
Sesiapa yang tinggal di luar negara pasti akan mendapati perbezaan yang ketara perkhidmatan internet yang disediakan di Malaysia dengan negara-negara maju lain. Di Australia, ada pelbagai syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet jalur lebar dan persaingan di sini agak sengit. Mereka sanggup mengiklankan perkhidmatan internet di TV pada waktu perdana. Walaupun internet jalur lebar di Australia masih belum setanding dengan Denmark atau Korea Selatan, ia masih jauh lebih hebat dan berdaya saing dari internet di Malaysia.

Suasana monopoli di Malaysia pada umumnya membantutkan usaha memajukan perkhidmatan internet jalur lebar. Kerajaan seharusnya melakukan sesuatu untuk mewujudkan budaya persaingan sepertimana yang berlaku di dalam industri telefon bimbit yang berkembang pesat sejak beberapa tahun lepas. Bayangkan kehebatan persaingan industri telefon bimbit sehingga pelajar sekolah menengah mampu memiliki kad pra-bayar :).


Statistik internet jalur lebar di Australia.


No comments: