Pages

Saturday, November 13, 2004

dari ramadhan menuju ke syawal....

buat sekian kalinya aku mencoretkan di blog ini...

dalam kesibukan aku menguliti nota-nota buat ulangkaji peperiksaan yang hampir sudah kesudahannya, ramadhan yang menjelma kusambut dengan hati terbuka. Buat pertama kalinya aku beraya di perantauan tanpa keluarga di sisi namun ini bukanlah kali pertama aku berpuasa mahupun beraya di rantau orang, cuma dahulu ada keluarga untuk aku berbuka puasa bersama....kini, hanya rakan taulan, sahabat seperjuangan yang mengisi ruang kekosongan itu...

pada tahun ini, ramadhan kupenuhkan dengan pelbagai aktiviti yg akhirnya kukira hanyalah secebis daripada apa yang kemampuanku. Sebenarnya aku mampu buat lebih dari itu namun kujadikan peperiksaan semester ini sebagai alasanku...Ah! Aku harus berubah untuk Ramadhan tahun depan kiranya aku dipanjangkan umur oleh Illahi untuk bertemu dengannya sekali lagi...insya-Allah

usai belajar dan ulangkaji, aku mengisi masa dengan melihat kembali akan post-post silam aku di blog ini...ada yang pahit, ada yang manis, ada yang mengimbau kenangan dan mengungkit cetusan rasa di hati...

tiba saat di akhir ramadhan ini, dan menjelangnya takbir Syawal...kulayangkan kembali akan Ramadhan yang hampir berlalu, kusoroti kembali akan peperiksaanku yang hampir berakhir....sungguh banyak kemajuan telah daku capai namun ada ruang untuk daku menambahkan tahap kemampuan diri ini...

di saat daku disibukkan dengan peperiksaan dan diselubungi dengan pelbagai emosi yang turun naik...kadang-kala daku sungguh bersemangat dan kadang-kala, daku tertekan dengan beban berat peperiksaan, namun itulah hakikat manusia....emosinya tidak akan tetap dan begitulah juga iman seseorang insan itu...ada turun dan ada naiknya...namun yang pasti, daku harus berusaha mempertingkatkan iman dan taqwa dari hari ke hari...

di kala aku tertekan, aku sering melayari internet dan membaca blog sahabat-sahabatku di seantero dunia...bukan kesemua blog yang kukunjungi aku senaraikan di blog ini... bukan apa, jika kusenaraikan kesemuanya sekali, pasti sudah akan panjang list itu... dalam melayari dunia internet yang luas ini, aku belajar pelbagai ilmu.....

di antaranya ialah ilmu html dan css (cascading style sheet)...ilmu itu aku tengah dalam usaha mendalaminya dengan lebih mendalam...dan kemungkinan besar sekali aku akan membuat layout yang baru untuk blog ini dengan apa yang kupelajari setakat ini...namun bila akan siapnya layout itu, aku kurang pasti kerna pelbagai rancangan telah dilakarkan untuk mengisi cuti musim panas yang menjelang tiba...

satu lagi yang kubuat dalam mengisi masa yang sedikit dalam menghadapi peperiksaan ini, aku telah berjaya membersihkan bakat pantunku yang hampir sudah bersarang dan berhabuk tebal sekali...pada mulanya aku buat pantun itu untuk dihantarkan kepada teman seperjuangan di perantauan...namun menyoroti kembali akan pantun itu, aku rasa ada kebaikan juga kiranya aku letakkan pantun itu di sini...nah, inilah ia akan pantun itu yang kukarang tika mengulangkaji peperiksaan...

Assalamualaikum pembuka bicara,

Terbang ke desa burung kenari,
Melayang rendah di dahan pulasan,
Tibanya masa salam aidilfitri,
Sedih girang di perantauan,

Menjerat ikan sebulan purnama,
Luka jari disengat keli,
Perantau dagang itulah kita,
Patah semangat jangan sekali,

Dalam syahdu diulit kerinduan,
Seberang laut keluarga tercinta,
Tiba sudah hari lebaran,
Ampun maaf hamba pinta,

ah, sudah panjangnya post ini...harus study semula untuk menjawab 100 MCQ pada hari Isnin nanti...

No comments: