Raya tahun ini selepas berakhirnya peperiksaan semester 2...Tahun ini genap usia aku 21 tahun dan ini merupakan tahun pertama aku bergelar pelajar perubatan di Universiti Melbourne...
Tahun ini, dua orang adikku menduduki peperiksaan yang amat penting... adikku yang bernama Syafiq menduduki peperiksaan SPM dan adikku yang bernama Aiman menduduki peperiksaan PMR, kedua-dua orang adikku ini telah lama aku bantu dan didik kerna mereka sebenarnya tidaklah minat akan pelajaran namun mereka minat akan bab-bab berkaitan mesin, elektronik dan teknikal...nampaknya di bidang itulah akan kecenderungan mereka...
Tahun ini juga merupakan tahun pertama aku beraya di perantauan tanpa keluarga di sisi...sedih? rindu? aku tidak langsung berasa sedemikian...malah aku berasa sangat gembira dapat beraya dalam sudut berbeza yang sebelumnya tidak pernah kukecapi selama ini...
2005
raya pada tahun ini sebelum menjelangnya peperiksaan semester 4...aku tidak dapat beraya dengan sepenuh hati untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap peperiksaan yang menjelang...Tahun ini, adik aku yang bongsu, Syafiya Husna mencecah usia 4 tahun dan kakaknya, Rafhana Husna berusia 5 tahun...keduanya-duanya aku jangka sudah petah bercakap kerna kali terakhir aku jumpa sebelum aku berangkat ke Melbourne, mereka masih belum mampu untuk bertutur dengan betul...
2006
Raya pada tahun ini seperti pada tahun lepas...cuma aku sibuk dengan penyelidikan Advance Medical Science yang telah pun bermula...pada tahun ini, merupakan tahun ketiga aku bergelar pelajar perubatan di Melbourne...sudah banyak aku pelajari setakat ini mengenai bidang perubatan...lupa untuk aku khabarkan, andainya aku berjaya menyiapkan projek penyelidikanku ini pada tahun hadapan, aku akan menerima segulung ijazah, Bachelor of Medical Science...
pada tahun ini juga, rakan seperjuanganku di Monash University akan pergi ke hospital for clinical years...Melboune Uni? lambat setahun...
pada tahun ini juga, rakanku di UK yang mengambil kursus perakaunan dan kejuruteraan telah pun graduate...mereka sudah mula pulang ke tanah air untuk berkhidmat semula selepas 3 tahun berhempas-pulas menuntut ilmu di UK...aku dan rakan-rakan lain yang mengambil kursus perubatan masih lagi bersengkang mata dan berhempas-pulas untuk belajar...apakan daya, inilah cabaran untuk menjadi seorang doktor...
2007
pada tahun ini, raya pada bulan Oktober, di penghujung musim bunga dan di permulaan musim panas...pada tahun ini, aku telah pun memulakan my clinical years....hidupku kini telah berada di suatu tahap yang lain..andainya dulu aku belajar di universiti dan pergi ke kuliah tiap-tiap hari, kini kehidupanku banyak berkisar di hospital...aku dapat melihat serba-sedikit akan kehidupanku pada masa depan...
pada tahun ini, ada beberapa dari sahabatku telah melangsungkan perkahwinan dan ada yang telah pun mempunyai anak...Ah! Sungguh bahagia aku lihat akan mereka itu...aku sendiri masih berjuang untuk mendapatkan segulung lagi ijazah, Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery (MBBS)...
2008
rakan-rakanku di UK dan Ireland yang mengambil kursus perubatan telah pun graduate pada pertengahan tahun ini dan rakan-rakan seperjuanganku di Monash University akan graduate pada akhir tahun ini...
raya pada tahun ini kukira tidaklah semeriah seperti dahulu kerna ramai sudah rakanku yang kukenal selama ini telah pulang ke tanah air for good...aku dan rakan-rakanku di Melbourne University masih lagi berjuang sedangkan orang lain telah pun mula bekerja...sedih dan pilu....
2009
raya tahun ini kukira aku harus sambut dengan meriah sekali...pertama, ini adalah raya terakhirku di perantauan orang dan raya pada tahun ini di antara musim salju dan musim bunga...kedua, raya tahun ini adalah kemuncak perjuanganku di bumi Melbourne ini...
pada tahun ini, kiranya Allah mengizinkan, the pioneer batch of medic student from KMB at Melbourne University will graduate at the end of this year...telah banyak pahit maung dan ranjau-ranjau 20 orang pelajar ini tempuhi demi mendapatkan gelaran Dr.
pada tahun ini, adik bongsu aku, Syafiya Husna telah pun berusia 8 tahun dan kakaknya, Rafhana Husna telah pun berusia 9 tahun....kerna apa aku menyebut nama mereka pada saat ini, Syafiya dilahirkan 3 hari selepas aku mendaftarkan diri di Kolej Mara Banting dan dia merupakan penanda usia dan usahaku dalam mencari pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang perubatan ini...Rafhana dilahirkan ketika aku sibuk menduduki SPM pada tahun 2000 dahulu...
tahun ini, usiaku mencecah 26 tahun..sudah tua rupanya aku...apakah yang akan terjadi selepas ini...wallahuallam...
p/s : this is only my future prediction and future planner so that I can have good overview of the future to come...this predictions will only be true if God will and only if I am alive till those moments and if I manage to at least, pass every semester exam without any difficulties...
manusia hanya mampu merancang, namun Allah jualah yang menentukannya...
Wallahuallam...
3 comments:
takde prediction bila ko kawen ek? :P
bab kahwin ni sukar nak predict. tambah lagi status masih single. kalau dah ada calon, barulah senang predict kan ;)
Dah tahun 2009 pun, inshaAllah dah nak graduate pun, n bleh dikatakan banyak jugak predictions kat atas tuh yg dah jadik reality. So En Hafiz, soalan cepu emas saya, bile awak nak kawen yer (menyokong soalan Cheme). Jawab jangan tak jawab tau (sile jawab dgn kadar yg segera :p)
- from ur secret admirer (chewah) -
Post a Comment