Dari jauh dia lihat papan tanda itu. Angka 22 makin lama makin jelas kelihatan. Derap demi derap, kakinya dihayunkan menuju ke tempat itu. Setelah beberapa lama berjalan, akhirnya dia sampai ke tempat itu.
Tempat yang hanya bersimbolkan 22. Sebuah tempat persinggahan buat pengembara seperti dia. Dia melihat sekeliling dan mendapati ada beberapa pengembara lain yang baru tiba di situ dan tidak kurangnya, ada sekumpulan pengembara yang kelihatan seolah-olah mereka telah tiba di sini lebih awal.
Tempat ini. 22 tahun dia mengembara. Akhirnya dia sampai jua ke tempat persinggahan ini. Tidak jauh dari tempat dia berdiri, kelihatan sebuah kedai makan. Ramai orang makan di situ.
"Wahai saudara, nak makan apa? Pilihlah yang mana dihajati. Kesemua makanan di sini percuma berlaka." kata tuan punya kedai makan itu.
Dia termangu kehairanan. Percuma?
"Percayalah saudara. Ini semuanya percuma. Kesemua makanan ini diberikan secara percuma oleh Tuan punya segala benda. Dialah yang saudara akan ketemui kelak di akhir pengembaraan saudara nanti." Jelas tuan punya kedai makan lagi.
Setelah memesan beberapa makanan buat mengisi perut yang lapar, dia duduk di suatu tempat di hujung kedai itu. Melayangkan wajahnya ke sekeliling, dia gembira melihatkan ramai pengembara yang berehat di situ. Tidak jauh dari kedai itu, ada beberapa pengembara yang kelihatan sedang bersuka-ria dengan sesuatu.
Lantas dia bertanya kepada orang di sebelah. Orang itu kelihatan seakan-akan orang yang berilmu.
"Erm,saudara. Boleh saya bertanya? Apa yang mereka di situ sedang buat?" tanya dia pada orang itu.
"Mereka itu sedang bergembira dengan nikmat yang dinamakan dunia. Mereka terlupa bahawa mereka itu hanyalah pengembara yang meniti sebuah pengembaraan sementara."
"Oh dunia! Kasihan mereka." kata dia dalam hati.
"Tahukah saudara akan tujuan pengembaraan kita semua ini?" Tanya orang itu kepada dia. Lalu orang itu menerangkan maksud sebenar tujuan pengembaraan.
Ada pun manusia dijadikan seolah-olah seakan-akan seorang pengembara merentasi alam menuju ke tempat yang dinamakan akhirat. Di dalam pengembaraan di alam dunia, dari satu tempat persingahan ke satu tempat persinggahan yang lain, seorang pengembara itu akan diuji. Ujian itu bukanlah untuk menyusahkan pengembaraannya namun adalah untuk membersihkan jiwa rohani dia daripada saki-baki kekotoran. Namun begitu, tidak ramai pengembara yang mampu mengharungi ranjau sepanjang perjalanan mereka.
Dia mula memahami akan maksud yang ingin disampaikan oleh orang itu. Sudah 22 tempat persinggahan dia lalui. Dia merenung kembali akan pengembaraannya yang lalu. Tidak dapat dinafikan, kadang-kala dia gagal melawan nikmat arus dunia dan kadang-kala dia tersedar semula.
Dia mengingati kembali akan rupa hatinya. Setitis demi titisan air mata berlinang membasahi pipinya. Dia sedar hatinya masih ada beberapa titik hitam untuk dibersihkan. Pilu dia mengingatkan hal itu. 22 tahun mengembara, mengapa hatinya masih lagi diselaputi titik-titik hitam itu?
22 tahun berlalu, dia telah menyaksikan ramai pengembara yang telah berakhir pengembaraan mereka. Nenek yang disayanginya baru sahaja menamatkan pengembaraannya ketika dia berada di tempat persinggahan 21.
Dia mula terfikir. Bilakah pengembaraan dia akan berakhir? Sudahkah dia bersedia untuk bertemu Tuan Pemilik tempat bernama akhirat?
Oh! Bekalannya masih lagi kurang. Bekalannya masih lagi merintih-rintih untuk dipenuhi. Imannya meraung-raung untuk dipertingkatkan namun nikmat dunia masih lagi membelenggu diri dia.
Lantas dia berdoa.
"Oh Tuhan! Ampunilah dosa daku. Oh Tuhan! Andainya daku berada jauh daripada naungan-Mu, peringatkanlah daku. Oh Tuhan! Sesungguhnya daku hanyalah hamba-Mu yang lemah. Tolonglah daku mencari rahmat-Mu. Bantulah daku mencari kasih sayang-Mu."
Dia berteleku lama di tempat itu. Merenung dan memikirkan hala tuju pengembaraan dia. Tanpa disedari, dia menyebutkan kalimah-kalimah itu. Kalimah yang membasahi hati. Membersihkan selaput dosa dan merungkaikan ikatan maksiat lalu memperkuatkan rantaian keimanan.
I'tiraf
Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu
-Raihan-

Dia bangun lalu mula melangkahkan kakinya semula. Pengembaraan ini masih lagi jauh. Banyak lagi yang perlu dia kutip sebagai persediaannya. Dia mula menyambung kembali pengembaraannya. 22 tahun mengembara, dia seharusnya lebih bersedia dan lebih matang merencanakan hala tuju pengembaraannya ini.
Dari tempat persinggahan 22, dia mula bergerak ke tempat yang digelar 23. Ayuh! Dia harus bersegera mempersiapkan diri dan memantapkan bekalan...
2 comments:
salam...bagus artikel nie..
terima kasih. Semoga tulisan ini mampu memberikan sedikit kesedaran kepada kita yang alpa dengan nikmat dunia yang senantiasa mencengkam hati kita.
Post a Comment