I tagged myself to do this since I don't have any idea to blog at the moment
. I found this tag from
Intan.1. 1st time naik kapal terbang
Masa darjah 6. Flight pergi ke UK sebab ikut ayah yang sambung belajar di Cardiff, UK dan tinggal di sana lebih kurang dua tahun.
2. 1st time beranak
not relevant to me
.
3. 1st time gi overseas
Jawapan yang sama dengan nombor 1. Sampai di UK di penghujung musim sejuk tapi masih lagi terasa sejuk sebab perbezaan suhu yang agak besar.
4. 1st time duduk jauh daripada family
Ketika Tingkatan 4. Dapat tawaran masuk ke SBP tapi SBP tu pun dekat ajer dengan rumah. Tak sampai 4km dari rumah pun sebenarnya tu
. Sekolah apa yer? Cubalah cari nama satu-satunya nama Sekolah Berasrama Penuh di Kuala Kangsar
.
So, jawapan yang mungkin relevan untuk ni ialah ketika ditawarkan mengambil program International Baccalaureate di Kolej Mara Banting selepas SPM. Masa tu baru dapat pengalaman duduk jauh dari keluarga.
5. 1st time kerja
Selepas IB dan sementara tunggu nak pergi ke Melbourne, ada cuti 6 bulan. Dalam masa 6 bulan tu, sempatlah bekerja sebagai guru sementara di sebuah sekolah menengah di luar bandar. Pengalaman mengajar di situ sangat menarik kerana ramai di antara murid-murid tu tidak ada semangat untuk belajar dan hanya datang ke sekolah sebab nak jumpa kawan-kawan atau datang kerana dipaksa oleh ibu bapa. Pernah juga berlaku pergaduhan besar di sekolah itu membabitkan murid bangsa Melayu dan bangsa India. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.
6. 1st time rasa diri gemuk
hmm, semasa zaman sekolah rendah dan menengah, berat badan selalu underweight dan hanya bertambah apabila masuk KMB dan berada di Melbourne. Sekarang ni BMI ialah 25. Untuk dikira gemuk, BMI perlu lebih daripada 25.
Tapi dari segi relatif, mungkin boleh dikira gemuk kerana berat badan sudah bertambah banyak sejak 10 tahun yang lepas.
7. 1st time bercinta
How do you tell when you are in love? This question will be quite difficult for me to answer since I don't think I have relevant experience in this aspect of life. Maybe I'm someone who is not able to love someone else or too busy to think about love yet
.
8. 1st time rasa diri cantik??
Not relevant for me. In term of physical appearance, I think I only have average normal-looking appearance.
9. 1st time masuk cinema
Rasanya masa sekolah rendah dulu bersama keluarga tapi tak ingat tahun berapa pula.
10. 1st time admitted in hospital
Ketika berusia 5-6 tahun. Kalau tak silap, rasanya masa tu dapat demam panas dan kena tinggal di dalam wad selama seminggu, tapi tak tahu punca demam panas tu.
Saja tambah...
11. 1st time fail
Subjek Kimia semasa Tingkatan 4. Masa tu di awal tahun dan banyak lagi tak tahu dan hampir setengah daripada batch fail sebab soalan dia agak susah. Selepas fail subjek Kimia tu, untuk ujian seterusnya berjaya dapat markah yang agak tinggi
.
12. 1st time gi national level in any co-curricular activity
Masa form 5 apabila berjaya mewakili negeri Perak dalam Kuiz Koperasi. Untuk Kuiz ni, perlu berdebat, berpantun dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh panel hakim. Ketika kuiz ni, bakat berpantun memang sangat hebat sehingga boleh menjawab atau bertanya soalan dalam bentuk pantun dalam sekelip mata sahaja.
Hanya berjaya ke peringkat separuh akhir dan tumpas dengan wakil Negeri Sembilan ketika itu, Kolej Tunku Kurshiah. Sedikit kecewa juga sebab ini kali pertama berjaya pergi ke peringkat kebangsaan.
13. 1st time lost someone close to you.
I'm quite close with my grandma who used to look after me when I was a small baby. So, when she passed away 3 years ago due to old age, it was quite a difficult experience for me. That time, I was preparing to sit for my Semester 3 exam. That was about 3 years ago. I'm only able to visit her grave when I came back to Malaysia few months after that.
That's all for now.