Damaikan perasaan
Lupakan segala kedukaan
Leraikan sengketa
Yang melanda di antara kita oohh...
Usahlah dikenang
Segala kedukaan lama
Biarkan ianya
Terlerai dari hati mu oh teman
Jangan diulang kesilapan lama
Bersama kita pastikannya
Kerana orang beriman tidak melakukan
Kesilapan berulang kali
Lihatlah hari esok
Yang bakal kita hadapi bersama
Semoga ia menjanjikan
Ketenangan yang kita cari
Ku tahu kita merindukan
Ku tahu kita mengidamkan
Ketenangan dan kedamaian
Lupakan segala kedukaan
Leraikan sengketa
Yang melanda di antara kita oohh...
Usahlah dikenang
Segala kedukaan lama
Biarkan ianya
Terlerai dari hati mu oh teman
Jangan diulang kesilapan lama
Bersama kita pastikannya
Kerana orang beriman tidak melakukan
Kesilapan berulang kali
Lihatlah hari esok
Yang bakal kita hadapi bersama
Semoga ia menjanjikan
Ketenangan yang kita cari
Ku tahu kita merindukan
Ku tahu kita mengidamkan
Ketenangan dan kedamaian
-Brothers-
Dunia ini boleh ditafsirkan melalui pelbagai kaca mata. Anda boleh melihatnya dari kaca mata teknologi. Boleh juga dilihat dengan pandangan akhlak manusia. Boleh juga ditafsir melalui pandangan perhubungan manusia dengan manusia, perhubungan manusia dengan alam dan perhubungan manusia dengan Pencipta.
Di suatu sudut dunia, seorang kanak-kanak kecil menderita akibat penyakit yang dialaminya. Kanak-kanak itu mengalami penyakit jantung berlubang dan telah dibantu dengan bantuan kewangan dari pelbagai sumber untuk menjalani pembedahan bagi mengubati penyakitnya itu.
Di suatu sudut lain, seorang kanak-kanak mati kebuluran akibat ekonomi negaranya yang merundum. Ekonomi negaranya itu hancur dirakus dan dijajah oleh kuasa asing. Habis punah sumber kewangan untuk membiayai sistem kesihatan untuk para penduduknya.
Di suatu sudut lain, seorang kanak-kanak kecil cukup bergembira bersama teman-teman rapatnya menghadiri jamuan kecil ulangtahun kelahirannya. Dia cukup seronok untuk bertemu dengan rakan-rakannya dan sibuk bermain dengan segala bentuk permainan yang ada.
Di suatu sudut lain, seorang kanak-kanak kecil sedih dan pilu melihat akan keluarganya dibunuh di hadapan mata. Bangsa asing menjajah tanahnya dan merampas segala hak asasinya untuk hidup. Untuk itu, dia terpaksa mengangkat senjata bagi mempertahankan maruahnya daripada terus dirobek oleh bangsa yang tidak mengenal hak kemanusiaan itu.
Di suatu sudut yang lain, seorang kanak-kanak begitu tekun belajar di dalam biliknya yang berhawa dingin. Peperiksaan pertengahan tahun bakal menjelang. Dia harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan untuk menggembirakan ibubapanya serta untuk mencapai kepuasan di hati.
Di suatu sudut yang lain, seorang kanak-kanak kecil termangu-mangu melihat akan keadaan dunia sekeliling. Terlalu banyak suasana yang cukup berbeza. Ada rakannya yang ditimpa kesedihan. Ada sahabatnya yang dihujani angin kegembiraan. Apakah ini dunia? Kenapa perbezaan ini berlaku? Kenapa? Kenapa......persoalan itu mencengkam mindanya yang kecil.
Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. 'Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati."[Sahih Bukhari]
No comments:
Post a Comment