Pages

Monday, June 09, 2008

Basikal

Idea untuk menulis kali ini tercetus setelah membaca tulisan 'Bercinta dengan basikal'. Untuk tulisan kali ini, akan cuba gunakan kata ganti diri pertama 'saya' :).

Pada tahun pertama berada di sini, basikal merupakan satu-satunya sumber untuk saya berulang-alik daripada rumah ke universiti. Dengan berbasikal, saya dapat menjimatkan wang biasiswa kerana harga tiket untuk pengangkutan awam di sini sangat mahal. Malah, harga tiket ini akan meningkat setiap tahun tetapi pengangkutan awam di sini sangat cekap dan tepat pada waktu. Alangkah baiknya jika pengangkutan awam di Malaysia dapat mencontohi pengangkutan awam di sini.

Berbasikal juga dapat menjimatkan masa perjalanan. Saya hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk ke universiti dengan basikal tetapi jika menggunakan tram, ia akan mengambil masa lebih daripada 20 minit kerana kesesakan lalu lintas. Di Melbourne, tram berkongsi jalan dengan kenderaan dan kebiasaanya pada waktu pagi, jalan raya akan sesak dengan kenderaan. Dan kalau saya bersemangat atau terlewat, saya hanya memerlukan kurang daripada 10 minit jika mengayuh basikal dengan laju :)

Satu lagi kelebihan yang diperolehi dengan menggunakan basikal ialah badan akan senantiasa cergas. Setelah memiliki sebuah kereta, saya jarang menggunakan basikal dan rasanya sekarang ini, tubuh badan tidak secergas seperti dahulu. Mungkin lepas ini, saya perlu lebih rajin bersenam atau berbasikal sekali-sekala.

Salah satu kenangan manis yang diperolehi ketika zaman menggunakan basikal ialah ekspedisi berbasikal ke Universiti Monash. Universiti Monash ini terletak lebih kurang 20 kilometer daripada rumah dan saya beserta beberapa rakan yang lain telah berjaya berbasikal ke sana. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Ekspedisi ini dilakukan pada musim sejuk dan pada hari itu, cuaca agak mendung dan hujan turun sepanjang perjalanan kami. Namun, bagi kami yang sudah boleh dikira cukup berpengalaman dalam bab basikal ini, hujan bukan merupakan suatu halangan yang besar. Kami sudah biasa berbasikal di dalam pelbagai jenis cuaca. Samada hujan, panas terik atau ribut petir, itu adalah perkara biasa.

Walaupun jarak perjalanan kami hanya 20 km, namun kami mengambil masa lebih daripada 3 jam kerana kami banyak singgah di pelbagai tempat :). Di samping itu, ada banyak bukit yang curam yang kami lalui untuk sampai ke destinasi yang dituju. Kebanyakan bukit itu pula adalah tinggi dan kebiasaanya kami berlumba sesama sendiri untuk sampai ke puncak bukit. Bayangkan kami mengayuh basikal dengan cukup laju semasa mendaki bukit dan tidak berasa letih atau sesak nafas ketika sampai di puncak bukit. Malah ketika sampai di Monash, kami tidak terasa terlalu letih. Mungkin ini kerana kami sudah berbiasa berulang-alik daripada universiti ke rumah di mana jumlah jarak perjalanan kami setiap hari adalah ~ 10 kilometer setiap hari.

Dalam perjalanan pulang dari Monash ke Melbourne, kami menggunakan jalan yang berbeza dan pada kali ini, kami tidak menempuhi banyak bukit yang curam. Kebanyakan tempat adalah landai dan dengan mengayuh basikal pada gear maksimum, kami berjaya sampai ke Melbourne dalam masa sejam setengah sahaja.

Setakat ini sahaja penulisan dalam Bahasa Malaysia kali ini. Selepas ini akan menulis dalam Bahasa Inggeris semula.

p/s: Agak janggal pula apabila menulis di dalam Bahasa Malaysia baku.

9 comments:

Anonymous said...

tentunya sangat best kan klw pandai bwk basikal. huhu. diya sangat takut bile naik basikal. tak tahu nape. rs mcm nak tercabut jantung pun ada :p BTW, tak penat ke berkayuh basikal sampai berkilo2 meter? eheh.

p/s-ai like malay's version :)

Ladyheart said...

wa...bestnyer... cam seswai sgt ngn isu minyak nek skang! hehe

Hafiz said...

@diya, takderlah penat sangat. Alah bisa, tegal biasa :)

@ladyheart, tak pasti samada sesuai tak berbasikal di Malaysia. Cuaca agak panas terik dan orang tak hormat penunggang motorsikal apatah lagi basikal...

SoFie NuR said...

kat cni x berpeluang kayuh basikal coz nk beli basikal pun x mampu..mahal giler...dah 3 thn x kayuh basikal nih...hihi

Anonymous said...

bestnye naek beskal..nak saje kalo bole cuaca kat mesia ni tak panas :P

hayad said...

hehe, rasa macam baca karangan zaman darjah 6 dulu,hehe. jgn marah :p

awak sesuai berblog dlm bhs ing rasanya ;)

Hafiz said...

@ sofie, berapa yer harga basikal kat sana? how bout second hand? biasanya second hand murah ajer kalau nak beli.

@kasyah, kalaulah cuaca malaysia tak panas kan...tapi peserta LTDL selamba ajer mengayuh basikal beratus-ratus kilometer keliling Malaysia :)

@hayad, baiklah cikgu. Hanya akan tulis dalam BM apabila berjaya menguasai semula perbendaharaan kata :)...

mungkin tulisan kali ini agak kekok sebab ditulis dalam bahasa baku, tapi kalau tulis dalam bahasa pasar atau rojak, pasti boleh faham kan :)

Abqori Bro said...

Salam Kenal.
Betullah. Tulisan En. Tawel itu banyak mempengaruhi pembaca-pembacanya. Sampai blogger-blogger lain pun ada menulis entri kesinambungan daripadanya. Sampaikan ada orang itu pula terpaksa mengubah bahasanya. Huhuhu.
Abqori sebenarnya ada terkesan juga. Masuk kali ini sudah dua kali Abqori menulis entri kesan pembacaan di blognya.
Sejak dahulu lagi, andai ke blog ini, semuanya di dalam bahasa Inggeris. Bila tengok yang Bahasa Melayu, Abqori agak terujalah! Dapat juga buat komen. Abqori rasa ok saja bila bahasa entri berbahasa ibunda di atas. Tak geli-geleman pun. Lagipun itu permulaan. Lama-lama biasalah. Abqori cadangkan anda terus saja menulis dengan gaya yang terbaik ini. Abqori juga rasa anda kena tahu fakta bahawa menulis dengan bahasa dan ejaan yang betul amat bagus untuk kesihatan.

Hafiz said...

Terima kasih kerana meninggalkan komen di sini. sebenarnya dulu rajin juga menulis dalam Bahasa Malaysia. cuba rujuk entri tahun 2004 -2005.

Takder masalah kalau nak meninggalkan komen pada entri yang ditulis dalam bahasa Inggeris ;).


Tawel@Reazal tu kawan sejak zaman Kolej Mara Banting lagi. Dia agak rajin menulis dalam Bahasa Malaysia dan kadangkala tulisan dia agak menarik :)