Pages

Wednesday, September 27, 2006

sahabat....

"friends forever"....seringkali dengar ungkapan itu namun sejauh manakah kenyataan itu menjadi realiti? Sudah lebih daripada 20 tahun hidup di dunia ini, namun agak sukar untuk mencari sahabat yang kekal di sisi kita. Sahabat satu sekolah, satu universiti, satu daerah dan pelbagai persamaan lagi....berapa ramaikah yang masih kekal berhubungan sehingga kini? Betapa ramai manusia kita bersahabat, namun jarang yang kekal selama-lamanya. Atas dasar apakah yang mampu mengekalkan nilai suatu persahabatan? adakah kerana kita mempunyai banyak persamaan atau adakah kerana kita mempunyai perbezaan? Seringkali persahabatan itu wujud kerana ada persamaan antara dua pihak. Kita berkawan kerana dia satu kolej dengan kita. Pernah belajar bersama-sama, pernah mengharungi suka-duka dan memahami hati kita. Namun mampukah persahabatan itu kekal sehingga akhir hayat?

No comments: