Pages

Wednesday, July 13, 2005

The Parliament House



Canberra terletak sejauh 281 km dari Sydney dan 660 km dari Melbourne. Ia berada di dalam Australian Capital Territory (ACT) dan ia merupakan ibu negara Australia. Ramai orang yang tersilap dengan menyatakan bahawa Sydney adalah ibu negara Australia. Walaupun Sydney merupakan bandaraya terbesar di Australia, Canberra adalah ibu negara Australia. Analogi Canberra adalah seperti Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Canberra ini sebenarnya tidaklah sebesar mana pun. Jumlah penduduknya hanyalah sekitar 300 000 sahaja. Di sekeliling Canberra ini, terdapat beberapa bangunan pentadbiran yang penting. Pelbagai kedutaan berada di Canberra dan salah satunya ialah Kedutaan Malaysia.

Canberra ini merupakan sebuah bandar terancang dan pelan induk pembinaan Canberra telah dilakarkan oleh seorang arkitek dari Chicago, Amerika. Walter Burley Griffin telah memenangi pertandingan antarabangsa yang dianjurkan oleh kerajaan Australia pada tahun 1912.

Puncak pertembungan segala bangunan di Canberra ialah bangunan parlimennya. Ia sungguh unik dan cantik. Di sini perlu dijelaskan, ada dua bangunan parlimen. Yang baru dan lama. Bangunan parlimen lama yang berwarna putih didirikan sementara menunggu bangunan parlimen baru siap. Bangunan parlimen lama ini digunakan sehingga tahun 1988 dan pada tahun 1989, bangunan parlimen baru mula digunakan. Bangunan parlimen baru ialah bangunan yang mempunyai tiang bendera Australia yang seakan-akan terapung di udara luas.

The Parliament House


Jarak dekat

Bangunan Parlimen merupakan sebuah bangunan yang agak besar. Ia berbentuk bulat dan di atas bumbung bangunan diselaputi lautan rumput hijau yang luas. Jika dilihat dari jauh, Parlimen ini seolah-olah bangunan yang dibina di dalam sebuah bukit yang besar dan di atas puncak bukit itu, kelihatan tiang bendera Australia yang terapung di lautan udara. Tiang bendera itu adalah sepanjang 81 meter. Cukup panjang dan ia menjadi mercu tanda Canberra. Tiang bendera ini dapat dilihat jelas dari pelbagai arah tidak kira di mana kita berada di Canberra.

Jika dilihat dari hadapan, di sebelah kiri Parlimen ialah House of Representatives, iaitu dewan tempat bersidangnya ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat. Ini seakan-akan Dewan Rakyat di Malaysia. Di sebelah kana pula ialah Dewan Senat. Ini merupakan tempat persidangan para senator yang dipilih oleh pemerintah. Perbezaan di antara kedua-dua dewan ini ialah warna kerusinya. House of Representative, kerusinya berwarna hijau dan Senat pula berwarna merah gelap (maroon).

Di dalam bangunan parlimen

Dari Parlimen, kelihatan War Memorial dan Old Parliament House (warna putih)

Apabila kami menjejakkan kaki di atas bangunan Parlimen, kelihatan indah pemandangan dari situ. Dari atas bangunan Parlimen, kami dapat lihat Old Parliament House (berwarna putih) dan jauh ke belakang ialah War Memorial yang kubahnya berwarna hijau.


Pandangan panorama dari bangunan Parlimen

Untuk melihat dengan jelas bagaimana tersusunnya Canberra ini, sila klik gambar perspektif di atas.

No comments: