Pages

Thursday, July 21, 2005

Pengembaraan yang jauh...

Suatu tempat di New South Wales



Setelah berada sehari di Sydney, kami memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya, Adelaide. Sydney terletak di negeri New South Wales manakala Adelaide pula terletak di negeri Southern Australia.

Walaupun negeri yang bersebelahan, untuk merentasi sebuah negeri amatlah sukar. Negeri-negeri di Australia ini bolehlah diibaratkan seperti negeri di Amerika Syarikat. Cukup luas. Sebuah negeri Australia adalah jauh lebih luas daripada Malaysia.

Pengembaraan ke Adelaide mengambil masa lebih daripada 20 jam. Jarak pengembaraan lebih daripada 2000 kilometer. Analogi ialah seumpama kita bertolak dari Perlis ke Johor dan berulang-alik ke Perlis dan patah semula ke Johor. Begitulah jauh jalan yang kami tempuhi ini.

Kami hanya singgah di dua pekan kecil, Wagga-wagga (pelik sungguh nama ia) dan Mildura.



No comments: