Pages

Thursday, July 14, 2005

War Memorial


Dari Parlimen, kelihatan War Memorial


Dari jauh kelihatan bangunan Parlimen

War Memorial ini terletak berhadapan dengan parlimen. Di antara War Memorial dan Parliament House, terletaknya parlimen lama yang berwarna putih di tengah-tengah. Hampir setiap bandaraya utama di Australia mempunyai tugu peringatan yang memperingati pengorbanan tentera Australia dan New Zealand di dalam sejarah dunia.

Setiap tahun, rakyat Australia dan New Zealand akan menyambut ANZAC Day. ANZAC bererti Australian & New Zealand Army Corps. Anzac Day adalah bertujuan untuk memperingati pengorbanan tentera mereka yang terkorban di seluruh pelusuk tempat di dunia.

Mari kita lihat serba-sedikit sejarah peperangan yang disertai oleh ANZAC ini. Penting untuk kita ketahui bahawa di antara berpuluh-puluh tempat di mana tentera Anzac berperang, satu tempat telah menjadi paling terkenal. Gallipoli di Turki menjadi simbol utama bagi Anzac Day kerana tempat ini telah memakan jumlah korban yang banyak terhadap tentera Anzac. Dianggarkan lebih dari seratus ribu orang yang terkorban atau hilang tanpa kesan.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana tentera Anzac boleh dihantar berperang di tempat sejauh di Turki, kita harus kembali semula kepada sejarah empayar Islam terakhir, Turki Uthmaniah.

Turki Uthmaniah dibuka pada seawal tahun 1290 oleh Osman I dan sejak pada itu, empayar ini telah berkembang luas. Terdapat beberapa khalifah yang terkenal di dalam sejarah khilafah islam terakhir ini. Di antaranya ialah Sultan Muhammad al-Fatih yang berjaya membuka kota Constantinople pada tahun 1453 dan seterusnya menukarkan namanya kepada Istanbul yang kekal sehingga sekarang.

Pembukaan kota Constantinople telah dicatatkan dalam hadis Nabi yang matannya berbunyi "Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……"[1]. Sejak itu, ramai para sahabat dan khalifah Islam telah berusaha untuk membuka Constantinople namun gagal. Hanya tentera yang dipimpin oleh Sultan Muhammad al-Fatih yang mampu membuka kota ini dan di antara teknik peperangan yang gah ialah bagaimana tenteranya mampu mengangkat keseluruhan kapal-kapal armada laut merentasi sebuah bukit dalam satu malam sahaja. Subhanallah!

Di antara kata-kata yang menarik yang saya jumpai melalui internet ialah ini;

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Sungguh jauh sekali kita kalau hendak dibandingkan dengan mereka. Sesungguhnya benarlah sabda nabi bahawa merekalah tentera terbaik yang dipimpin oleh pemimpin terbaik.

Pembukaan kota Constaninople memberi peluang kepada tentera Islam untuk mengembangkan ajaran Islam kepada rantau Balkan. Islam telah berjaya dianuti oleh penduduk di rantau Balkan. Greece, Croatia, Bosnia, Serbia, Albania, Hungary, Austria pernah suatu ketika berada di bawah pemerintahan Turki Uthmaniah.

War Memorial

Pengaruh Turki Uthmaniah yang makin lama makin kuat telah membimbangkan musuh Islam. Setelah tewas beberapa kali di dalam Perang Salib di Palestin, mereka mula mengubah strategi. Tidak lagi mereka akan menentang umat Islam secara fizikal, tapi kini mereka akan mula menjauhkan Al-Quran dan Sunnah dari hati setiap Muslim. Strategi ini telah mereka lakukan secara halus dan tidak disedari oleh umat Islam dan strategi ini kekal sehingga sekarang dan mungkin anda adalah salah seorang yang telah pun dikuasai oleh strategi ini.

bersambung...

No comments: